Friday, February 11, 2011

Belajar Asas Lukisan kejuruteraan



1
Geometri


Objektif

 

Setelah tamat mempelajari bab ini, pelajar haruslah:

·         Tahu menggunakan piawaian dalam melukis dan mendimensi.
·         Tahu untuk menggunakan alatan-alatan lukisan dengan baik.
·         Dapat membina lukisan geometri mengikut kaedah yang ditetapkan.
·         Boleh menghasilkan lukisan yang tepat dan kemas.
·         Dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menghasilkan lukisan.

1.1     Pengenalan


Lukisan adalah kaedah visual untuk mempersembahkan cadangan reka bentuk yang berkesan. Keperluan terhadap kaedah penghasilan lukisan yang baik sangat penting. Setiap lukisan yang dihasilkan perlu memenuhi ciri-ciri tertentu yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini begitu penting untuk memastikan lukisan yang berkualiti dapat dihasilkan.

        Oleh itu konsep-konsep pembinaan akan dibincangkan bermula daripada asas pembinaan garisan, bulatan, pendimensian sehinggalah kepada penghasilan satu bentuk lukisan yang lengkap. Pemahaman asas perlu dimulai dengan pengetahuan kod dan piawai. Piawaian British (BS) dan Piawaian Amerika (ANSI) akan digunakan di mana-mana bahagian di dalam buku ini.

1.2     Kod dan Piawaian


Lukisan kejuruteraan yang perlu dihasilkan hendaklah mematuhi dua piawaian berikut:

     (1) BS308:Part 1: Engineering Drawing principles. Recommendation for general principles.

     (2) BS308:Part 2 : Engineering Drawing Practice. Recommendation for dimensioning and Tolerance of Size.

1.3     Keperluan dan Kepentingan Lukisan Kejuruteraan


Mengapa seorang jurutera perlu berkemampuan untuk melakar dan memahami lukisan kejuruteraan? Ada dua sebab mengapa seorang jurutera perlu mempunyai kemahiran tersebut. Pertama kerana lukisan kejuruteraan adalah kaedah penyimpanan idea, rancangan, cadangan reka bentuk, susunatur dan sebagainya sehingga ia dapat memapar dan menyampaikan semua maklumat yang berkaitan. Oleh itu, jurutera dapat merujuk dan mendapatkan maklumat daripada lukisan ini pada bila-bila masa. Lukisan juga dapat memindahkan maklumat yang ada kepada yang lain, untuk memahami dan mengetahui reka bentuk yang dicadangkan.

        Sebab yang kedua, ialah semasa merancang, jurutera akan terus berhubung dengan pihak lain dari masa ke masa untuk menunjukkan reka bentuk yang dihasilkan dalam keadaan yang lebih tersusun dan teratur. Di sini jelas menunjukkan akan kepentingan kemahiran tersebut dari menjadi masalah sekiranya mereka tidak boleh berkomunikasi disebabkan kelemahan dalam menghasilkan lukisan atau lakaran, lebih-lebih lagi sekiranya tidak tahu membaca lukisan, kepincangan akan berlaku.

1.4     Geometri


        Lukisan kejuruteraan terdiri daripada gabungan beberapa elemen asas geometri, iaitu seperti titik, garisan, lengkungan dan juga bulatan. Pelajar perlu memahami kaedah pembinaan geometri yang betul supaya dapat menghasilkan lukisan geometri yang betul dan tepat. Pada asasnya alatan-alatan berikut (Rajah 1.1) dapat membantu dalam kerja pembinaan bentuk geometri:

Pembaris Skala (Rujuk Rajah 1.1A)

Pembaris skala digunakan untuk mendapatkan ukuran lukisan. Ukuran lukisan boleh diambil dalam unit inci atau milimeter.

Sesiku 30o, 60o dan 45o (Rujuk Rajah 1.1A)

Sesiku 30o, 60o dan 45o digunakan untuk melukis garisan condong bersudut dan melukis garis selari.

Getah Pemadam (Rujuk Rajah 1.1C)

Getah pemadam digunakan untuk mengemas lukisan daripada kesilapan yang dilakukan. Getah pemadam perlu dipilih dari jenis yang lembut.

Jangka Sudut (Rujuk Rajah 1.1D)

Jangka sudut digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran sudut yang tidak dapat diperolehi dengan menggunakan Sesiku 300, 600 atau 450.

Pensil HB (Rujuk Rajah 1.1E)

Pensil HB digunakan untuk membina garis panduan atau garis binaan semasa lukisan dibentuk seperti garis unjuran pendimensian dan ortografik, garis binaan pembinaan elips dan segibanyak.

Pensil Mekanikal 2B saiz 0.5 mm (Rujuk Rajah 1.1F)

Pensil mekanikal 2B berketebalan 0.5 mm akan membantu melukis garis susur  dengan ketebalan dan kehitaman garisan yang sama. Pensil ini hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam untuk memastikan proses melukis lebih cepat dan tepat. Dalam penghasilan garis dimensi pensil mekanikal 2B yang berketebalan 0.3 mm dapat membentuk garis dimensi yang lebih baik.

Jangka Pembahagi (Rujuk Rajah 1.1G)

Jangka pembahagi digunakan untuk melakukan pemindahan ukuran dari pembaris berskala atau dari lukisan yang dibaca. Semasa pemindahan ukuran tersebut, bahagian yang perlu diubah pada bukaan kaki dan pegang bahagian pemegang semasa pemindahan untuk mengelakkan ukuran berubah.



Jangka Lukis (Rujuk Rajah 1.1H)

Jangka lukis akan membantu dalam pembinaan lengkungan dan bulatan.

Sesiku T (Rujuk Rajah 1.1I)

Sesiku T digunakan untuk melukis garis mendatar dan digunakan bersama Sesiku 300, 600 dan 450.            
               
               
        .
       
       
       
                 

       

       
                 













Rajah 1.1  Alatan asas untuk membina lukisan geometri

1.5     Kaedah penggunaan alatan lukisan


Setiap peralatan lukisan yang disediakan  perlu digunakan dengan cara yang betul. Beberapa alatan penting dibincangkan kaedah penggunaannya di sini.

1.5.1  Pensil Mekanikal Biasa


Untuk melukis garisan dan lengkungan, pensil mesti dicondongkan dalam lingkungan 450 hingga 600 mengikut arah binaan garisan dan pusingkan pensil agar garisan yang dibentuk menghasilkan ketebalan yang sekata.


 











Rajah 1.2  Kedudukan dan pergerakan pensil dalam binaan garisan

1.5.2  Sesiku T


        Pergerakan Sesiku T boleh dilakukan dengan memegang kepala sesiku menggunakan tangan kiri yang ditetapkan di sepanjang tepi meja lukisan, sementara tangan kanan membantu untuk mengimbangi pergerakan.



 















Rajah 1.3  Kedudukan Sesiku T di atas meja lukisan
        Untuk memastikan kertas lukisan tetap di atas papan lukis, jajaran kertas mudah dilakukan dengan bantuan sesiku T dengan mengambil tepi kertas selari dengan pembaris datar Sesiku T dan tetapkan kertas dengan pita pelekat.


 
















Rajah 1.4  Garisan mendatar dibina menggunakan sesiku T
        Pembinaan  garis mendatar boleh dihasilkan dengan menggunakan bantuan sesiku T. Garisan dapat dibina seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

1.5.3  Penggunaan Sesiku Segi Tiga




 















Rajah 1.5   Kedudukan Sesiku Segi Tiga untuk melukis garisan
Sesiku Segi Tiga boleh digunakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Dalam kes ini binaan garisan boleh dilukis dengan berpandukan kepada kedudukan Sesiku Segi Tiga yang ditetapkan kedudukannya dengan tangan kiri, sementara tangan kanan memegang pensil yang dicondongkan 60o bergerak ke arah atas.

        Pembinaan garisan selari boleh dibina dengan bantuan sesiku T bersama sesiku segi tiga ini. Rajah 1.6 dan Rajah 1.7 menunjukkan kaedah penggunaan dan pengendalian sesiku-sesiku tersebut.



 














Rajah 1.6   Pembinaan garisan selari bersama Sesiku T
       











Rajah 1.7   Pembinaan garisan selari menggunakan dua Sesiku Segi Tiga
        Dalam Rajah 1.7, garisan selari 30o dibina dengan bantuan sesiku T. Pembinaan dapat dilakukan dengan menetapkan kedudukan sesiku T diikuti dengan pergerakan Sesiku Segi Tiga ke arah kanan. Rajah 1.7 menunjukkan pembinaan garisan selari dengan gabungan dua Sesiku Segi Tiga. Garisan selari dapat dibina dengan berpandukan kepada kedudukan awalan sesiku 45o pada garisan yang akan dibina serta menetapkan kedudukan sesiku oleh sesiku 60o. Gerakkan sesiku 45o untuk menghasilkan garisan-garisan selari.

1.5.4  Penggunaan Jangka Lukis dan Jangka Pembahagi


Jangka Lukis digunakan untuk melukis lengkungan atau bulatan dari satu titik tengah yang diberikan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.8. Manakala Jangka Pembahagi digunakan dalam pemindahan jarak dari skala pembaris ke lukisan yang dibina.




















(b)

 

(c)

 
 
















Rajah 1.8  Penggunaan Jangka Lukis dan Jangka Pembahagi

1.6     Penghurufan dan angka


Huruf dan angka sangat penting dari segi memberi nota ringkas dan kenyataan tentang ukuran lukisan. Oleh itu, pelajar hendaklah seboleh-bolehnya menggunakan bentuk huruf dan angka yang dicadangkan supaya maklumat lukisan dapat disampaikan dengan jelas dan tepat serta kekemasan lukisan dapat dijamin. Perlu diingatkan bahawa penulisan huruf dan angka dalam lukisan kejuruteraan tidak boleh dilakukan dengan menggunakan bantuan pembaris. Penulisan huruf dan angka hendaklah dilakukan dengan gerakan tangan yang bebas. Pelajar dinasihatkan melukis garisan panduan mengikut ketinggian huruf sebelum sesuatu penulisan huruf dan angka ditulis.

        Ketinggian minimum huruf dan angka untuk kertas lukisan bersaiz A3 adalah 3mm.

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Abcdefghijklmnopqrstuvwxyz
1234567890
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
1234567890
Rajah 1.9   Bentuk-bentuk huruf teknikal
        Penulisan huruf dan angka memerlukan garisan panduan untuk memastikan kekemasan lukisan. Tulisan hendaklah berada di dalam lingkungan garisan panduan yang dilukiskan. Garisan panduan ini dilukis menggunakan garisan binaan yang kabur atau menggunakan pensil HB bersaiz 0.3 mm.

        Ilustrasi dalam Rajah 1.10 menunjukkan kaedah pembinaan huruf dan angka dengan cara mengikut panduan anak panah yang diberikan. Huruf dan angka tersebut perlu dilukis dengan tangan bebas menggunakan pensil 2B saiz 0.5 mm.









 







 





Rajah 1.10   Binaan huruf teknikal
        Telah dijelaskan bahawa garis binaan perlu digunakan supaya huruf dan angka yang dihasilkan lebih kemas. Berikut ialah dua langkah perlu untuk menghasilkan huruf dan angka yang lebih kemas:

  (1)   Mula-mula tandakan ketinggian huruf yang dikehendaki dan kemudian lukis garis binaan menggunakan pensil HB saiz 0.3 mm, iaitu garis yang nipis dan halus.


 






  (2)   Kemudian gunakan pensil 2B saiz 0.5 mm untuk membentuk huruf dan angka.



 





       
Berikut adalah beberapa perkara lanjut berkaitan dengan penulisan huruf dan angka sebagai panduan:

  (1)   Kecondongan huruf dibolehkan condong ke kiri atau ke kanan dalam lingkungan 150.



 










  (2)   Ketinggian huruf hendaklah seragam.

  (3)   Huruf yang dibina berpandukan garis binaan tidak semestinya menyentuh garisan tersebut. Jangan melepasi ketinggian yang ditetapkan.

       


 







(4)   Gunakan huruf teknikal yang lebih baik, elakkan daripada menggunakan bentuk huruf seperti di bawah.



 


 

 


 


1.6.1  Penyediaan Garisan Tepi dan Kotak Tajuk


       





























Rajah 1.11   Penyediaan kertas lukisan berserta dengan perincian maklumat lukisan
Garisan tepi ialah garisan yang dilukis pada setiap bahagian tepi kertas lukisan kejuruteraan bagi membentuk satu sempadan kawasan lukisan. Manakala kotak tajuk pula ialah kotak yang disediakan di bahagian bawah kertas lukisan untuk menulis maklumat ringkas mengenai pelukis.

        Garisan tepi dan kotak tajuk digunakan pada setiap helai kertas lukisan kejuruteraan. Penyediaannya perlu dilakukan sebelum memulakan sebarang bentuk kerja-kerja lukisan kejuruteraan. Garisan tepi dilukis menggunakan garisan objek yang jelas dan terang. Ia membentuk sempadan atau kawasan lukisan. Sebarang garisan untuk lukisan kejuruteraan tidak boleh dilukis melebihi garisan ini. Jarak garisan tepi ini adalah 10 mm daripada bahagian tepi kertas lukisan. Ia dilukis menggunakan bantuan Sesiku T.

        Kotak tajuk dilukis di bahagian bawah kertas lukisan. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Bahagian-bahagian ini mempunyai  maksud-maksud yang tertentu. Perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kotak-kotak ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.11. Jarak yang diperlukan untuk melukiskan kotak tajuk adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah tersebut.

        Rajah 1.12 menunjukkan kertas lukisan saiz A3 yang sedia untuk digunakan pada sebarang lukisan kejuruteraan. Kawasan kosong di tengah-tengah kertas lukisan adalah ruang untuk melukis. Kertas lukisan sebegini hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja melukis.



 








Rajah 1.12   Kertas lukisan saiz A3 yang sedia digunakan

1.7  Jenis Garisan

       
Dalam pembinaan lukisan kejuruteraan, terdapat berbagai-bagai jenis garisan yang perlu digunakan. Garisan-garisan tersebut dibina mengikut fungsi yang telah ditetapkan. Antara garisan-garisan tersebut ialah:

 





       







 


















Rajah 1.13    Jenis garisan dan penggunaannya
        Pembinaan garisan harus mengambil kira beberapa faktor penting untuk menghasilkan sebuah lukisan yang tepat dan berkualiti. Antara faktor tersebut ialah:

(1)       Guna pensil yang sesuai untuk pembinaan garisan. Pensil 2B (0.5 mm) untuk pembinaan garis susur/ objek, pensil 2B (0.3 mm) untuk pembinaan garis tengah, garis keratan dan dimensi,  dan pensil HB (0.3 mm) digunakan untuk pembinaan garis unjuran atau binaan. Perbezaan ketebalan garisan seperti ditunjukkan mengikut jenis garisan yang dibina.









 







(2)     



Garisan yang dibina mesti memberi kehitaman dan ketebalan yang seragam.



(3)      Garisan sambungan bertemu tepat untuk membentuk pepenjuru tajam dan garisan tangen.










(4)      Garisan dibina mengikut saiz skala dan jarak garisan yang sesuai.















 







Rajah 1.14   Bentuk binaan garisan dan lengkungan yang salah


        Lukis semula lukisan yang ditunjukkan dalam Rajah 1.15 sambil mempelajari maksudnya.

 








Text Box: Rajah 1.15   Lukisan Geometri

 

 




1.8     Elemen Geometri



        Dalam pembinaan bentuk geometri, beberapa elemen-elemen asas seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.16 akan digunakan.



 







 

 

 

 

 



Rajah 1.16  Bentuk elemen-elemen geometri.
        Rajah 1.16 menunjukkan elemen geometri yang biasa diperolehi dalam semua lukisan kejuruteraan. Bentuk-bentuk elemen yang ditunjukkan dari (i) hingga (vi) boleh dipelbagaikan untuk penghasilan lukisan dari bentuk yang mudah sehingga bentuk yang sukar.

 

1.8.1  Kaedah Pembinaan Geometri


Berikut dibincangkan beberapa kaedah pembinaan geometri lazim yang perlu diketahui oleh pelajar.

1.8.1.1  Pembinaan Garis bersudut tepat melalui titik A

Rujuk Rajah 1.17 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Garis BC diberi untuk melukis garis tepat melalui titik A.

(ii)     Lukis lengkungan jejari RA di atas titik A supaya bersilang dengan garis BC untuk memperolehi titik D dan E. Lukis lengkungan jejari RB pada titik D dan E untuk memperolehi titik F. Jejari RB mesti lebih besar daripada RA dan diambil dengan anggaran.

Garis tepat dibina berbantukan pembaris dan pensil dengan melukis garisan  melalui titik F dan A.


 

















Rajah 1.17   Pembinaan garis tepat melalui titik A

1.8.1.2  Pembahagian Dua Garisan

Rujuk Rajah 1.18 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.    



 









Rajah 1.18   Pembahagi dua garisan
(i)       Garisan AB diberi.

(ii)     Lukis lengkungan pada sebarang jejari R pada titik A dan  B untuk mendapatkan titik persilangan C dan D.

(iii)    Lukis garisan melalui titik C dan D untuk mendapatkan titik E iaitu titik pembahagi dua garisan.

1.8.1.3  Pembahagi Dua Sudut

Rujuk Rajah 1.19 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.



 










Rajah 1.19  Membahagi dua sudut
(i)       Garis bersudut CAB diberi.

(ii)     Lukis lengkungan berjejari R pada titik A untuk memperolehi titik D dan E. Gunakan jejari R yang sama dengan melukis lengkungan pada titik D dan E supaya titik persilangan F diperoleh.

(iii)    Lukis satu garisan melalui titik A dan F sebagai garis pembahagi dua sudut.

1.8.1.4  Garisan Selari Pada Jarak Diberi



 















Rajah 1.20   Pembinaan garis selari dengan jarak R
Rujuk Rajah 1.20 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Lukiskan garis selari dengan jarak R dari garis AB.

(ii)     Gunakan jangka lukis dengan mengambil jarak R dilukis dua lengkungan di atas garis AB.

(iii)    Letakkan pembaris di lengkungan bersentuh dengan titik tangen C dan D.

(iv)   Lukis garisan yang bersentuh dengan lenkungan tersebut untuk membentuk garis selari dengan AB.

1.8.1.5  Pembinaan Garis Selari melalui titik A




 

















Rajah 1.21   Pembinaan garis selari melalui titik A
Rujuk Rajah 1.21 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Titik A dan garisan BC diberi.

(ii)     Lukis lengkungan dengan jejari R pada titik A untuk memperoleh titik F atas garis BC diikuti dengan jejari R yang sama dilukis pada titik F dan titik E diperoleh atas garis BC.

(iii)    Lukis lengkungan pada titik E melalui jarak RB pada titik A, dipindahkan pada titik F untuk memperoleh titik G.

(iv)   Berbantukan pensil dan pembaris, lukis garis selari melalui titik A dan G.

1.8.1.6  Pembahagian Garisan Kepada Beberapa Bahagian Sama

 





























Rajah 1.22   Pembinaan pembahagi garisan
Rujuk Rajah 1.22 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Garis AB diberi untuk dibahagikan kepada 4 bahagian sama.

(ii)     Lukis garis AC pada kedudukan yang sesuai dari garis AB. Berbantukan jangka lukis, lukis lengkungan berjejari R untuk membahagikan garis AC.

(iii)    Gunakan bantuan pembaris skala dan sesiku segi tiga 60o untuk melukis garisan selari. Letakkan sesiku segi tiga 60o di atas titik B dan titik 4, pegang pembaris skala dan gerakkan sesiku segi tiga 60o ke bawah diikuti melukis garis melalui titik 3, 2 dan 1.

(iv)   Tandakan titik pembahagian sama di atas garis AB dan labelkan garis bahagi tersebut.

1.8.1.7  Pembinaan Garis dan Lengkung Tangen


(1) Pembinaan lengkung tangen antara dua garisan

Diberi dua garisan supaya bersentuh dengan sebuah bulatan.


 













Rajah 1.23   Pembinaan jejari kambi R
(i) Dari garisan AB dan CD yang diberi, lukis garis selari dengan mengambil jejari lengkung tangen R. Titik persilangan E diperolehi.

(ii)     Lukis lengkung tangen yang menyentuh garisan pada titik E dengan jejari R.
 


(2) Pembinaan lengkung tangen antara bulatan dengan garisan

Membina sebuah bulatan supaya bersentuhan antara garisan dengan bulatan yang diberi.


 













Rajah 1.24   Pembinaan lengkung tangen antara bulatan dengan garisan
(i)       Dari bulatan A dan garis BC, bina bulatan tangen berjejari R. Dari bulatan A, lukiskan bulatan hasil campur jejari bulatan A dan jejari R. Lukis garis selari dengan jarak R dari garis BC. Titik persilangan D diperolehi.

(ii)     Lukis bulatan berjejari R pada titik D, yang bersentuh dengan bulatan A dan garisan BC.

(3)  Binaan bulatan tangen sentuhan luar bulatan C



 













Rajah 1.25   Pembinaan lengkung R tangen terhadap bulatan A dan B
Bulatan A dan B diberi, bina bulatan C berjejari R tangen terhadap bulatan tersebut

(i)       Lukis bulatan dengan jejari RA+R pada titik A dan bulatan jejari RB+R pada titik B. Persilangan titik C diperolehi.

(ii)     Bina bulatan C dengan jejari R pada titik C akan menyentuh dengan bulatan A dan B.

(4) Binaan bulatan tangen sentuhan luar dan dalam bulatan C


 













Rajah 1.26   Pembinaan lengkung R tangen dengan bulatan A dan B
(i)       Lukis bulatan dengan jejari RA+R pada titik A dan bulatan jejari RB-R pada titik B. Persilangan titik C diperolehi.

(ii)     Bina bulatan C dengan jejari R pada titik C yang akan menyentuh bulatan A dan B.

(5) Binaan bulatan tangen sentuhan dalam bulatan C

(i)       Lukis bulatan dengan jejari RA-R pada titik A dan bulatan jejari RB-R pada titik B. Persilangan titik C diperolehi.

(ii)     Bina bulatan C dengan jejari R pada titik C yang akan menyentuh bulatan A dan B.



















 












Rajah 1.27    Bulatan tangen sentuhan dalam

1.8.2  Pembinaan Elips

       
Elips adalah satu bentuk geometri yang dibina daripada gabungan lengkungan yang mempunyai dua paksi berbeza yang dikenali sebagai paksi major dan paksi minor. Rajah 1.28 menunjukkan spesifikasi elips yang akan dibentuk.



 












Rajah 1.28  Bentuk elips yang dibina.
Terdapat dua kaedah untuk membina elips iaitu kaedah pembahagian segi empat tepat dan pembahagian bulatan.


(1) Kaedah pembahagian segi empat tepat








 

 

























Rajah 1.29    Peringkat pembiaan elips
Langkah-langkah atau prosedur membina elips menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut dengan merujuk Rajah 1.29:

(i)       Bina  segi empat selari dengan mengambil ukuran jarak major dan jarak minor elips yang akan dibentuk.

(ii)     Bahagikan bahagian paksi major AB kepada lima bahagian dan paksi sisi minor BC kepada bahagian yang sama dengan menggunakan kaedah pembahagian garisan.

(iii)    Lakukan penomboran seperti dalam rajah untuk memudahkan binaan garis unjuran. Lukis garis unjuran dari titik D1 dan E1, seterusnya lukis pula garis unjuran untuk titik D2 dan E2. Titik persilangan diperolehi untuk setiap garis unjuran tersebut.

(iv)   Sambung titik-titik persilangan untuk membentuk elips pada sukuan tersebut. Lakukan peringkat (iii) untuk sukuan-sukuan berikutnya.

(v)     Bentuk elips yang lengkap terbina.

(2) Pembinaan elips daripada pembahagian bulatan



 



 
































Rajah 1.30    Pembinaan elips dengan pembahagian bulatan
Dengan merujuk Rajah 1.30, berikut adalah langkah-langkah perlu diambil untuk membina elips menggunakan kaedah pembahagian bulatan:


(ii)     Bahagi bulatan sepusat kepada beberapa bahagian dengan bantuan Sesiku Segi Tiga. Garis binaan akan merentasi kedua-dua bulatan.

(iii)    Bina garis tegak dan mendatar pada titik persilangan bulatan EF untuk memperoleh titik G. Lakukan untuk persilangan berikutnya.

(iv)   Lengkapkan binaan elips dari persilangan yang diperolehi.

1.8.3 Segi Banyak


(1) Pembinaan Segi Enam


 
















Rajah 1.31    Pembinaan segi enam
Segi enam dapat dibina dengan langkah-langkah berikut (Rajah 1.31):

(i)       Dari jarak sisi segi enam AB yang diberi, lukis separuh bulatan dengan mengambil jarak sisi yang diberi. Titik C diperolehi.

(ii)     Lukis satu bulatan lengkap pada titik C supaya merentasi sisi titik A dan B. Titik D dan E diperolehi. Dapatkan titik F dan G dengan jarak mengambil sisi AB.

(iii)    Lengkapkan bentuk Segi Enam dengan melukis garisan melalui titik-titik A, B, E, G, F, D dan A.

(2) Pembinaan segi banyak lebih sisi



 






















Rajah 1.32    Membina segi banyak lebih daripada tiga sisi
Segi banyak dengan sisi lebih daripada tiga dapat dibina dengan langkah-langkah berikut (Rajah 1.32):

(i)       Diberi jarak sisi AB. Bahagi dua jarak tersebut dan lukis garisan pembahagi.

(ii)     Lukis separuh bulatan berjejari R pada titik pembahagi dua garis AB, bersilang pada garis tegak di titik C4.

(iii)    Lukis lengkungan pada titik B dengan jejari AB untuk memperolehi titik C6.

(iv)   Bahagi dua jarak titik C4 dan C6 untuk mendapatkan titik C5.

(v)     Pindahkan jarak dari titik C4 dan C5 untuk mendapatkan titik C7, C8 dan seterusnya.

(vi)   Pembinaan segi tujuh dapat dilukis dengan melukis bulatan pada C7 melalui titik sisi AB.

(vii)  Pindahkan jarak AB pada ukur lilit bulatan C7.

Nota: Label C4, C5, C6 … adalah titik tengah untuk segi banyak yang akan dibentuk.

 

 

1.9  Dimensi


Setiap lukisan dapat dibaca dan dibina kembali sekiranya lukisan tersebut dilengkapi dengan dimensi. Untuk melengkapkan sesuatu lukisan dengan dimensi, beberapa dimensi umum perlu disertakan. Antara dimensi umum ini ialah seperti pendimensian linear dengan dimensi menegak dan mendatar, pendimensian bulatan atau lengkungan untuk memperoleh garispusat dan jejari dan dimensi sudut. Jenis-jenis dimensi ini akan dibincangkan di sini.

1.9.1  Pendimensian Linear


Jenis pendimensian linear boleh dibahagikan kepada dimensi linear mendatar, menegak dan condong.

        Garis dimensi boleh dilukis dengan bantuan pembaris dan pensil 2B saiz 0.3 mm. Komponen penting dalam pendimensian ialah bentuk anak panah, kedudukan garis unjuran, garis dimensi dan teks. Rajah 1.33 menjelaskan lagi tentang komponen dimensi tersebut. Kaedah pembinaannya akan dibincangkan secara ringkas selepas ini.







 














Rajah 1.33   Komponen-komponen dimensi.
        Komponen dimensi pertama ialah anak panah. Bentuk anak panah untuk sesuatu dimensi boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian lukisan yang dibentuk. Rajah 1.34 mempamerkan contoh bentuk anak panah dan saiz yang dibenarkan dalam lukisan kejuruteraan. Kedudukan anak panah yang dibina mesti menyentuhi garisan unjuran.


 




Rajah 1.34    Bentuk anak panah yang dibina dalam bentuk terbuka, tertutup dan titik
       










Rajah 1.35    Perancangan awal kedudukan garis dimensi dengan bantuan garis binaan
Selain daripada bentuk anak panah, perancangan perlu dilakukan untuk menentukan kedudukan yang sesuai untuk sesuatu dimensi. Oleh yang demikian, penggunaan bantuan garisan unjuran yang halus dibina dengan pensil HB bersaiz 0.3 mm diperlukan seperti yang dilakarkan  dalam Rajah 1.35. Garis unjuran binaan yang dibina adalah untuk memastikan bahawa dimensi yang akan ditulis berada pada kedudukan yang betul.

        Setiap dimensi yang dilukis mesti disertai dengan penentuan jarak ukuran diantara titik-titik asalan. Jarak ukuran akan ditulis dengan menggunakan kaedah pembinaan huruf teknikal. Ketinggian teks dimensi akan diambil sebagai 3 mm. Teks mesti dilukis supaya berkeadaan sebaris dengan garis dimensi, di atas garis dimensi atau mendatar. Orientasi teks yang dibenarkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.36.












 














Rajah 1.36    Kedudukan orientasi teks dimensi
        Untuk menulis teks tersebut, garis panduan perlu dilukis terlebih dahulu mengikut ketinggian teks dengan bantuan pembaris seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.37. Kedudukan garis panduan untuk binaan teks berada 1 mm di atas garis dimensi. Binaan dibuat dengan garis nipis pensil HB bersaiz 0.3 mm.


 














Rajah 1.37    Panduan lukisan teks dimensi
        Setelah merancang jenis anak panah yang digunakan, kedudukan garis dimensi dan orientasi teks dipilih, peringkat akhir adalah untuk melukis dimensi akhir dengan menggunakan garisan nipis gelap pensil 2B bersaiz 0.3 mm. Garis panduan binaan dimensi tidak perlu dipadamkan. Rajah 1.38 menunjukkan hasil akhir proses pendimensian dilakukan pada objek geometri.



 













Rajah 1.38   Pembentukan dimensi dengan pensil 2B bersaiz 0.3 mm

1.9.2  Pendimensian Bulatan dan Lengkungan


Pendimensian bulatan dan lengkungan dibina untuk menyatakan ukuran garis pusat atau jejari seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.39. Setiap pembinaan garis dimensi ini perlu disertai tanda label garis pusat dan jejari, disamping tandaan garisan garis pusat atau tanda tengah pada lukiasn tersebut. Label untuk garis pusat ialah f dan jejari R.


 














Rajah 1.39    Pendimensian bulatan dan lengkungan

1.9.3  Pendimensian Sudut

 

Untuk menyatakan ukuran sudut dalam lukisan kejuruteraan, ukuran bolehlah dilukis seperti dalam Rajah 1.40.



 















Rajah 1.40   Pendimensian untuk sudut


1.9.4  Kedudukan dan Bentuk Dimensi


Dimensi yang dilengkapkan mestilah mematuhi Piawaian British BS308. Antara perkara yang perlu dipatuhi semasa mendimensi adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.41.



 









 



 

 



Rajah 1.41   Kedudukan dimensi dan kawalan saiz
Rajah 1.41 menunjukkan kaedah pembinaan dimensi mengikut piawaian yang dilebelkan sebagai (i) hingga (vi). Berdasarkan kepada rajah tersebut, keadaan yang perlu diikuti adalah:

(i)       Saiz anak panah 3 mm
(ii)     Ketinggian teks 3 mm
(iii)    Garisan unjuran melepasi anak panah 1.5 mm
(iv)   Jarak diantara garis dimensi dengan objek 1.5 mm
(v)     Kedudukan garis dimensi 15 mm  dari objek
(vi)   Jarak diantara dimensi berikut adalah 10 mm (label vi).




 


















Rajah 1.42   Kesilapan pada pendimensian.
        Perlu diperhatikan semasa pembinaan dimensi, kesilapan sering dilakukan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.42. Kesilapan tersebut dilabelkan dari (i) hingga (vi). Antara kesilapan-kesilapan tersebut ialah:

(i)       Kedudukan titik asalan dimensi jauh dari objek.

(ii)     Garisan unjuran dimensi merentasi garis dimensi.

(iii)    Garis unjuran tidak perlu dipecahkan semasa melalui garis objek.

(iv)   Garis unjuran tidak dilukis, garis dimensi berada di atas garis tengah bulatan.

(v)     Persilangan diantara garisan dimensi berlaku dan berada di dalam objek.

(vi)   Kedudukan dimensi tidak dikumpulkan berdekatan supaya berdekatan dengan dimensi lain.

(vii)  Kedudukan dimensi terlalu dekat dengan objek.

        Masalah pendimensian ini perlu diperbaiki untuk menghasilkan lukisan yang betul dan menurut piawaian yang ditetapkan. Pendimensian yang betul dan memenuhi kehendak piawai untuk kes ini ditunjukkan dalam Rajah 1.43.



 

 






















Rajah 1.43   Pendimensian yang telah dibetulkan
       




Latihan


 Lukis semula rajah yang diberi menggunakan piawaian lazim.

1.                                                             2.







Rajah 2
 

 













3.                                                             4.

















Rajah 3
 


Rajah 4
 

 



5.                                                             6.








Rajah 6
 

 









7.                                                                         8.
 














9.                                                                       10.







 













11.


Rajah 11
 

12.
 











Rajah 12

13.












Rajah 13
14.


 














Rajah 14
15.


 


















Rajah 15

16.





 


















Rajah 16

17.
 



















Rajah 17


18.



 
















Rajah 18

No comments:

Post a Comment